Sunday, October 9, 2011

CIRI-CIRI MONITOR 6


Interlacing (selang seli) and Noninterlacing (bukan selang seli).
Ø  Interlacing merupakan satu cara yang efektif untuk mengurangkan kerlipan pada imej tanpa menambah jumlah lebar jalur (bandwith) pemindahan maklumat.

Ø   Imej dilukis pada skrin oleh satu baris garisan ufuk dalam satu masa, tetapi turutan garisan ufuk  tersebut boleh diimbas secara selang seli (interlaced) atau bukan selang seli (noninterlaced).


Ø  Imbasan bukan selang seli  mengimbas semua garisan yang terkandung imej serentak ‘one pass’ (sekali lalu) iaitu ia akan mengimbas garisan ufuk dari satu baris ke baris berikutnya sehingga satu muka surat lengkap dihasilkan.

Ø  Kaedah ini lebih sesuai dipilih kerana imej bukan selang seli mudah bagi mata melihat.


 
Ø  Keseluruhan imej direhatkan pada frekuensi imbasan pugak (vertical scanning frequency), maka frekuensi pengimbasan pugak 60Hz akan memperbaharui keseluruhan imej sebanyak 60 kali dalam masa 1 saat.

Ø  Pengimbasan selang seli  memaparkan lukisan imej dua laluan.

Ø  Setelah satu laluan lengkap dilukis, laluan kedua pula akan dilukis untuk melengkapkan imej tersebut.


Ø  Cara pengimbasan selang seli ini ialah, untuk laluan pertama semua garisan ufuk yang ganjil (1,3,5,7,9) dihasilkan dahulu, kemudian untuk laluan kedua, garisan yang berada pada kedudukan genap (2,4,6,8) pula akan dihasilkan.  Kadar rehat (refresh) imej yang berkesan ialah separuh dari kadar pengimbasan pugak.

Ø  Jika 1024x768 resolusi monitor SVGA mempunyai frekuensi pengimbasan pugak ialah 87 Hz, tetapi disebabkan  monitor diimbas selang seli maka kadar rehat yang berkesan ialah 43.5Hz- kerdipan diskrin dapat dilihat (noticeable).

2.8          Lebar jalur (bandwith)

Ø  Lebar jalur bagi sesebuah monitor adalah kadar maksimum dimana piksel boleh dihantar pada skrin monitor.

Ø  Paparan VGA yang biasa menawarkan 30 Mhz lebar jalur, ini bermaksud monitor tersebut boleh menghasilkan 30 juta piksel setiap saat pada skrin.

Ø  Setiap garisan imbasan bagi paparan VGA yang menggunakan 640 piksel, dan kadar imbasan horizontal 31.45KHz akan menghasilkan 31450 imbasan garisan setiap saat.

Ø  Pada kadar itu, monitor akan memproses 20,128,00 piksel setiap saat (640 X 31450)

CIRI-CIRI MONITOR 5

Horizontal and vertical scanning, raster and retrace



Ø  Imej pada monitor dihasilkan daripada satu garisan piksel secara horizontal (ufuk), bermula dari atas sebelah sudut kiri dan berakhir pada sudut kanan dibahagian bawah paparan.

Ø  Rajah dibawah menunjukkan pembentukkan imej pada skrin CRT. 


Ø  Apabila beam (sinaran) bergerak secara mengufuk merentasi garisan, setiap piksel dalam garisan itu akan meruap, ruapan ini bergantung kepada data video yang terdapat pada video ingatan capaian rawak atau video RAM (Random Access Memory) di papan litar video.

Ø  Apabila satu garisan mengufuk tadi siap,  beam akan dipadamkan (horizontal blanking). Kemudian beam tadi akan berpatah balik secara mengufuk tetapi sedikit menegak (slightly lower vertical) ke pada asal dan bersedia untuk menghasilkan garisan yang baru.          

Ø  Proses ini akan berterusan sehingga semua garisan mengufuk dihasilkan dan akan berakhir disudut kanan bawah skrin. Bila satu muka surat (page) siap dihasilkan, beam tadi akan dipadamkan (vertical blanking), dan besedia untuk membina muka surat baru.

Ø  Kadar di mana satu garisan ufuk dihasilkan dikenali sebagai kadar imbasan horizontal (Horizontal scanning rate) juga dikenali sebagai “horizontal syn.rate”

Ø  Kadar dimana satu ‘page’ lengkap garisan horizontal  dihasilkan dinamakan kadar imbasan vertical (vertical scanning rate) juga dikenali sebagai “vertical syn.rate”.

Ø  Masa untuk kedua-dua horizontal dan vertical ‘blanking’ dinamakan masa retrace (retrace times), retrace times merupakan masa diantara beam yang tidak aktif dengan beam yang baru hendak dihasilkan. “Retrace time” untuk horizontal biasanya hanya 5 micro saat dan masa untuk vertical ialah 700 micro saat.


Ø  Imbasan horizontal dan vertical yang berterusan dikenali sebagai ‘Raster’ (surih balik).

Ø  Dalam keadaan sebenar  kadar imbasan vertical akan ditetapkan kepada 60 Hz dimana ia banyak mengurangkan masa “spare time” untuk padaman dan penyegerakkan.

Aktiviti ( Ciri-ciri Monitor)


(a).  Sila bulatkan jawapan anda pada ruangan yang di sediakan dengan merujuk kata kunci di bawah.

1.   jarak bintik
2.   bilangan warna yang berbeza
3.   tiga warna disusun secara segitiga
4.   lapisan yang akan menghasilkan cahaya apabila berlakunya perlanggaran elektron
5.   Acuan imej