Shadow Mask (Topeng Bayang)
Ø Untuk menghasilkan imej yang baik, adalah amat penting untuk memastikan elektron beam menghentam hanya jumlah dot yang diperlukan sahaja bagi setiap warna.
Ø Bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar, sekeping logam yang dinamakan topeng bayang (shadow mask) digunakan.
Ø Topeng bayang merupakan sekeping logam berlubang yang dipasang di dalam CRT betul-betul dibelakang lapisan fosfor.
Ø Tiga senapang elektron yang digunakan akan menembak tiga elektron beam dan akan ditumpukan pada setiap lubang pada topeng bayang.
Ø Lubang-lubang topeng bayang ini berfungsi sebagai penapis yang hanya akan membenarkan elektron beam yang diperlukan sahaja melaluinya. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan topeng bayang dan bagaimana elektron beam melaluinya.
Slot Mask (Topeng Slot)
Ø Sesetengah binaan CRT, tidak menggunakan topeng bayang sebaliknya menggunakan slot mask sebagai pengganti.
Ø Slot mask juga dikenali sebagai “Aperture Grille”.
Ø Slot mask ini dibina daripada beratus-ratus helai wayar yang disusun secara pugak dan di pasang di belakang lapisan fosfor.
Ø Rajah di bawah menunjukkan gambarajah binaan slot mask. Contoh monitor yang menggunakan slot mask ini ialah Sony Trinitron dan Mitsubishi Diamondtron.
Ø Jika dibandingkan dengan shadow mask, slot mask mempunyai beberapa kelebihan dan satu kekurangan.
Ø Kelebihan yang nyata dengan penggunaan slot mask ialah ia membenarkan lebih banyak elektron beam melaluinya untuk membentuk imej pada fosfor, ini akan menjadikan keseluruhan imej pada paparan menjadi lebih terang berbanding dengan penggunaan shadow mask.
Ø Selain itu ketajaman (sharpness) imej menjadi lebih baik. Penggunaan slot mask juga akan mengurangkan silau dan mengurangkan herotan imej.
Ø Kelemahan utama penggunaan slot mask ini ialah, apabila elektron beam menghentam helaian wayar, getaran pada setiap wayar akan terhasil.
Ø Getaran ini tidak stabil dan tidak seragam, ini akan menyebabkan imej bergoyang pada kadar yang perlahan.
Ø Untuk mengatasi masalah ini tiga helai wayar akan dipasang secara ufuk untuk menstabilkan getaran wayar-wayar tersebut. Walau bagaimanapun kaedah ini memberi kesan sampingan dimana imej wayar yang di pasang secara ufuk tadi akan kelihatan diskrin bila imej terlalu terang. Garisan ini biasanya diabaikan oleh pengguna kerana ia terlalu kabur (very faint).
No comments:
Post a Comment