2.0 Pengenalan
Tiub sinar katod terdiri daripada dua komponen iaitu tiub hampagas dan katod. Tiub hampagas terdiri daripada satu tabung galas berkeadaaan kedap udara yang di isi dengan gas lengai pada tekanan yang rendah. Katod pula di gunakan bagi mengeluarkan elektron untuk di gerakkan ke anod dengan kelajuan yang tinggi. Ruang hampagas di perlukan bagi mengelakkan elektron berlanggar dengan molekul udara yang boleh menyebabkan pergerakan elektron terpesong dari sasaran.
2.1 CRT (Cathode Ray Tube)
Ø Cathode Ray Tube (CRT) atau tiub sinar katod merupakan satu teknik bagi mencahayakan fosfor.
Ø Bagi menghasilkan cahaya di skrin, fosfor ditembak dengan senapang elektron
menerusi ruang hampagas (vacuum).
Ø Rajah 2.1 menunjukkan keratan rentas umum CRT bagi monitor warna.
Ø Cahaya fosfor yang terhasil menggambarkan output sesuatu pemprosesan isyarat elektrik dari sesuatu peralatan saintifik.
Ø Perkakasan saintifik seperti komputer, skrin radar, televisyen dan osiloskop dipasangkan meggunakan mentol sinar katod sebagai unit paparan kepada output.
Ø Di dalam CRT terdapat tiga senapang elektron yang membekalkan elektron beam (sinaran elektron) untuk warna merah, hijau dan biru.
Ø Teknologi CRT dikategorikan perkakasan elektronik voltan tinggi kerana memerlukan tenaga elektrik dari 10,000 hingga 20,000 volt untuk berfungsi.
No comments:
Post a Comment