Tuesday, October 4, 2011

CIRI-CIRI MONITOR 3


2.1       Elemen gambar dan resolusi

Ø  Elemen gambar (piksel) merupakan satu titik yang amat kecil yang boleh dikawal di CRT. Bagi paparan monochrome, piksel boleh di’on’kan dan di ‘off’kan.

Ø  Bagi paparan warna, piksel membawa maksud bilangan warna yang berbeza. Piksel digabungkan secara horizontal dan vertical untuk membentuk ‘resolusi’ Rajah 2.7 menunjukkan kedudukan piksel bagi paparan warna.

Ø  Resolusi merupakan jumlah piksel dalam keadaan horizontal dan jumlah piksel dalam keadaan vertical.

Ø  Contohnya, bagi monitor biasa yang mempunyai resolusi 640X420, membawa maksud terdapat 640 piksel pada satu garisan horizontal dan 420 piksel pada satu garisan vertical. Dan jumlah piksel ialah 307,200.

Ø  Resolusi yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih baik.

 
Ø  Jarak antara warna yang sama dipanggil jarak bintik (dot pitch). Satu piksel yang mempunyai tiga warna disusun secara segitiga dan dinamakan ‘triads’.

Ø  Jarak bintik yang biasa bagi sesebuah monitor warna yang biasa ialah diantara 0.25 mm hingga 4.00 mm.

Ø  Untuk menghasilkan satu triads tiga elektron digunakan bagi menghasilkan setiap warna.Campuran tiga warna merah,hijau dan biru akan menghasilkan spektrum warna iaitu Hitam, Biru, Hijau, Mangeta, Cyan, Kuning dan Putih. 

Ø  Kualiti sesebuah monitor warna adalah bergantung kepada jarak di antara satu dot warna dalam satu triads, semakin dekat jarak warna dalam setiap triads semakin berkualiti paparan yang dihasilkan.

No comments:

Post a Comment