2.1.1 Prinsip Kerja CRT
Ø Operasi CRT dimulakan dengan penghasilan elektron bebas oleh senapang eletron.
Ø Elektron terbebas setelah filamen pemanas memanaskan logam katod (barium dan stontium disalut dipermukaan nickel).
Ø Dari proses ini terbentuklah awan elektron disekitar hadapan katod.
Ø Teknik kawalan grid berasaskan voltan elektrik, jika dinaikkan atau diturunkan nilai voltan, ia akan mempengaruhi pergerakkan elektron samada kehadapan atau kembali kebelakang kerana elektron bercas negatif dan grid boleh berkeadaan positif atau negatif.
Ø Proses pencahayaan skrin fosfor terdiri daripada enam tahap penting iaitu :
a. Elektron bebas dihasilkan oleh katod.
b. Elektron bebas digerakkan melalui grid skrin.
c. Elektron bebas digerakkan melalui anod pencepat.
d. Elektron bebas digerakkan ke arah skrin.
e. Acuan imej membentuk piksel.
f. Perlanggaran dengan fosfor.
No comments:
Post a Comment