Interlacing (selang seli) and Noninterlacing (bukan selang seli).
Ø Interlacing merupakan satu cara yang efektif untuk mengurangkan kerlipan pada imej tanpa menambah jumlah lebar jalur (bandwith) pemindahan maklumat.
Ø Imej dilukis pada skrin oleh satu baris garisan ufuk dalam satu masa, tetapi turutan garisan ufuk tersebut boleh diimbas secara selang seli (interlaced) atau bukan selang seli (noninterlaced).
Ø Imbasan bukan selang seli mengimbas semua garisan yang terkandung imej serentak ‘one pass’ (sekali lalu) iaitu ia akan mengimbas garisan ufuk dari satu baris ke baris berikutnya sehingga satu muka surat lengkap dihasilkan.
Ø Kaedah ini lebih sesuai dipilih kerana imej bukan selang seli mudah bagi mata melihat.
Ø Keseluruhan imej direhatkan pada frekuensi imbasan pugak (vertical scanning frequency), maka frekuensi pengimbasan pugak 60Hz akan memperbaharui keseluruhan imej sebanyak 60 kali dalam masa 1 saat.
Ø Pengimbasan selang seli memaparkan lukisan imej dua laluan.
Ø Setelah satu laluan lengkap dilukis, laluan kedua pula akan dilukis untuk melengkapkan imej tersebut.
Ø Cara pengimbasan selang seli ini ialah, untuk laluan pertama semua garisan ufuk yang ganjil (1,3,5,7,9) dihasilkan dahulu, kemudian untuk laluan kedua, garisan yang berada pada kedudukan genap (2,4,6,8) pula akan dihasilkan. Kadar rehat (refresh) imej yang berkesan ialah separuh dari kadar pengimbasan pugak.
Ø Jika 1024x768 resolusi monitor SVGA mempunyai frekuensi pengimbasan pugak ialah 87 Hz, tetapi disebabkan monitor diimbas selang seli maka kadar rehat yang berkesan ialah 43.5Hz- kerdipan diskrin dapat dilihat (noticeable).
2.8 Lebar jalur (bandwith)
Ø Lebar jalur bagi sesebuah monitor adalah kadar maksimum dimana piksel boleh dihantar pada skrin monitor.
Ø Paparan VGA yang biasa menawarkan 30 Mhz lebar jalur, ini bermaksud monitor tersebut boleh menghasilkan 30 juta piksel setiap saat pada skrin.
Ø Setiap garisan imbasan bagi paparan VGA yang menggunakan 640 piksel, dan kadar imbasan horizontal 31.45KHz akan menghasilkan 31450 imbasan garisan setiap saat.
Ø Pada kadar itu, monitor akan memproses 20,128,00 piksel setiap saat (640 X 31450)